? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 26 September 2008


Sempena menyambut raya ni apa kata kita mencuba resepi yang simple ni. Nampak macam best jer...Ini Kek Pandan Lapis
Resepi
BAHAN A:
6 biji putih telur
3 gm krim tartar
100 gm gula kastor
BAHAN B:
6 biji kuning telur
40 gm susu segar
40 gm minyak jagung
25 gm gula
Secubit garam
110 gm tepung super fine
4 gm serbuk penaik
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perasa pandan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kacau semua bahan A sehingga gebu.
2. Dalam bekas yang lain, kacau bahan B hingga sebati.
3. Campur kedua-dua bahan A dan B.
4. Tuang ke dalam acuan kek dan bakar selama 30 minit pada suhu 180oC


Ni biskut semperit. Biskut ni sangat tradisional pasalnya aku ingat lagi dari kecik-kecik dulu tiap-tiap kali nak raya mesti tolong mak buat semperit. dah jadi satu kemestian. Ramai yang puji semperit mak buat sedap. Ramai yang tempah. Tapi sekarang ni mak pun tak larat dah buat kuih dan aku pun keesokan nak raya baru nak balik macamana nak buat kuih ngan mak..teringat zaman dulu-dulu meriahnya kalau nak sambut raya semangat kobar-kobar siapkan biskut raya macam-macam jenis plak tu..sekarang semua beli. ha ni resepi biskut semperit yang dah dimodenkan. Sapa-sapa nak cuba boleh lah. resepi ni ada dalam saji...
Seperit kasih
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pem¬bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit

Rabu, 24 September 2008


Bulan puasa ni banyak citer menarik kat TV. Una tak lepas peluang tengok Upin & Ipin..Melekat depan TV la bila time tayang. Tapi kejap je dalam 5 minit kot marah la dia tak puas tgk. Mintak nak tgk lagi...Balik kampung nanti tengok kat laptop Mak Lang yer sayang....

Selasa, 23 September 2008

Terasa rindu nak coret kat cni..dah lama rasanya menyepi, bukan apa ada masalah teknikal ckit. tak lama lagi kita nak sambut 1 syawal. Planning untuk tahun ni mungkin balik umah mak mertua dulu pas tu baru balik beraya di kampung. Dah dapat rasa kemeriahan raya tahun ni. Husna dah 2 pasang baju raya tok buat. Ibu cuma sehelai je mintak tok buat yang lain beli sendiri. Tema warna tahun ni tak menentu sebab baju beli tak sama sendiri2 beli katakan. Husna tok beli bukan pa maksu nak sgt pakai baju sama ngan husna, ayah pun beli sendiri, Harith baju dah ada so lain2 color. tak pa la thn depan planning lain..Persiapan kuih raya nampaknya semua beli tak sempat pun nak buat. Ok setakat ni dulu..

Rabu, 3 September 2008


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA.
Semoga bulan ramadhan yang tiba mengukuhkan lagi keimanan kepada Allah. Berbanyaklah bersabar di atas ujian yang mendatang. Pertama puasa kami sambut di rumah tok wan. Meriah betul maklum le berbuka puasa pada hari pertama. banyak betul lauk tok masak ada ikan masak kicap, ayam masak merah, udang goreng kunyit, ayam goreng, cucur udang, agar2agar pandan. sedapnya kalau dpt mkn mcm ni hari2. kak una apa lagi makan tak berenti dari tghari..cian maksu terliur tgk kak una dok mkn. paling kak una mcm byk buah kurma dah tu bkn panggil buah kurma dia pangil 'taiyob' bran kurma tu..aiseh sapa la ajar..Bila dah balik mai penang biasala ala kadar je la.Nak masak byk2 membazir yg nak berbuka 2 orang jer..