Bayview Beach Resort Batu Feringghi...
pandangan dari atas..bilik tingkat 8.
senyuman yg memikat makcik2 kat ctu..
kan senang nak bwk jalan..
bersantai..
frust tak dapat naik kuda
baru sampai..
makcik2 cbuk melayan harith..
seronoknye sementara menunggu untuk BBQ..
dah penat baru balik kul 12 mlm dah..
yum yum sedapnye..
suasana dibilik hotel
seronok mandi sampai tak nak balik bilik..
ni sempat snap gambar2 menarik waktu kat bayview beach resoirt batu feringghi..percutian berjalan lancar..family day hubby pun best gak mcm2 aktiviti ada..tgk la aksi2 husna dan harith yg happening..
Selasa, 18 November 2008
Keindahan Batu Feringghi...
Coretan dariku Azie at 11/18/2008 09:45:00 PG 2 Apa kata korang
Jumaat, 14 November 2008
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA
sedikit info dan renungan buat teman2 lanjutan dari email yg dirim oleh seorang rakan..
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA...
Coretan dariku Azie at 11/14/2008 12:03:00 PTG 1 Apa kata korang
Khamis, 13 November 2008
cuti lagi...
hai sabtu sok cuti lagi...sabtu kene keje sebenarnya tp dek kerana ada program ckit esok ewah,,, kena la amik cuti..Family Day!!! dah lama tak bercuti tp kali ni kat penang jer. dapat release tension, .teringat waktu honeymoon dulu2 kat lumut jer tp best dan indah sgt masa tu.masa tu dpt pakej hotel swiss garden. tak yah bayor...tp tak tahu la plak kali ni bwk anak2 ni jgn lg tension udah le.maklumle kecik2 lagi mana tau apa2..tambah2 harith makan tido jer le..tp x per diorang tak buat perangai sgt..nak tido hotel camna nih harith tiap2 kali nak tido naik buai..ahaks..kerah tenaga ckit la tepuk harith smp leh tido..ish mula dah susah atie...oleh sbb harith still lg nyusu badan may be no hal kot dia mgkn leh lena kalau dakap lama2..harap2 la..So, blog akan kesepian sementara waktu kerana tuan rumah nak pegi bercuti..
Coretan dariku Azie at 11/13/2008 02:00:00 PTG 1 Apa kata korang
"Workstation" dari Kak Tirana
rules:
* snap work station anda
* then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
* iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
* tengok contoh yang dibuat nih...
* begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
* sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
* kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
* tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
Tag seterusnya pada:
1. mamaaffiq
2. ecah
3. nano
4. maza
5. ros
6. cemut
Coretan dariku Azie at 11/13/2008 12:34:00 PTG 2 Apa kata korang
Rabu, 12 November 2008
Produk Wanita berherba
LuvMILA Feminin Wash
LuvMILA Intimate Spray
Mcm bagus produk ni. Cuba lah!!.ni nak perkenalkan produk baru dari Mila..sape2 berminat bolehla link ke blog Mila ni..
http://luvmilaproduct.blogspot.com
Coretan dariku Azie at 11/12/2008 11:57:00 PG 3 Apa kata korang
Selasa, 11 November 2008
Anakku Bijak Belajar
Anakku Bijak Belajar - Sentuhan Ibu Bapa
Author : Dr Shukri Abdullah Ph.D
ISBN : 978-983-2334-68-2
Price : RM34.00
Weight : 663 g
Dapatkan segera buku ini di pasaran..sarat dengan informasi berguna untuk ibu bapa yg inginkan panduan untuk membimbing anak cemerlang dalam pelajaran di sekolah..
Anda menentukan kejayaan anak anda dalam kehidupan..Beri bimbingan dari awal insyaallah...
Coretan dariku Azie at 11/11/2008 01:42:00 PTG 1 Apa kata korang
Sabtu, 8 November 2008
First Award
First time dapat award..Terima kasih bebanyak ye kak Tirana..Walau tidak mengenali akak di secara zahirnya tapi terasa cam dah kenal lama..Akak Tirana ni sporting dan mesra...
Coretan dariku Azie at 11/08/2008 10:22:00 PG 1 Apa kata korang