? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 23 Oktober 2008

Kemarin aku bergegas pulang awal dari tempat kerja lepas mak husna telefon bagitau yang husna muntah-muntah dari pagi sampai petang lbh kurang kul 2.30 tak berenti..hati ini tak sedap betul bila dengar berita2 mcm nih..Balik rumah sampai kul 3.00 terus ke rumah pengasuh dan amik husna balik kerumah. harith masa tu tengah tido petang kul 6.00 baru pi ambil..tunggu hubby balik kul 6.00 kitorang sama2 bwk pegi ke klinik..Cian asyik tido jer tak larat betul dia.pagi ni emak husna bagitau yang dia teringat yang husna pegi kedai kemarin nak beli roti untuk dia tapi dia tak nak. dia tunjuk nak perasa anggur yang sedut melalui straw tu..wah bahaya betul budak nih tak tahu benda tu ok ke tak ..nampak menarik je terus nak. serbuk tu mcm serbuk perasa yang letak kat buah tu..benda2 mcm ni mgkn tak sepadan lagi dengan perut dia. alhamdulillah pagi tadi smp sekarang dia dah tak muntah2. AMbil ubat habis dekat rm30.00 empat jenis ubat, cuma nasib baik husna tak liat sgt nak suruh mkn ubat..Pengajaran buat aku jangan la kasik makanan ringan yang bukan2 pada anak memudaratkan kesihatan diorang jer..kalau sakit semua susah..nak keje pun tak senang.

wah rajin betul anak ibu..
pandai una layari internet yer..

Buat aksi apa plak ni?
Main sorang2 jer ke...
Rajin betul anak ibu sorang nih...Tiap hujung minggu kalau hubby tak keja husna ikut pegi ke library..Kalau dpt pegi dia memang seronok betul mcm2 ada..Ibu harap husna akan rajin ke library besar nanti jangan ingat nak main jer...

Jumaat, 17 Oktober 2008








Gelagat Husna dan Affiq kat majlis..Husna dan Affiq sebaya lahir bulan yg sama dan tahun yang sama..nakal pun lebih kurang sampaikan nak gamat dewan berkejar dengan bebudak nih..Bunga kat red carpet terbalik timpa orang tengah makan..Husna asyik ikut affiq lari keliling dewan..dah pandai nak ajak berkwn. Last2 afiq nangis terjatuh masa lari.

Ahad baru2 ni aku, hubby dan Husna sempat ke majlis kahwin Ju kat Dewan Ramli Ngah Talib, Parit Buntar..Tak dapat bwk harith sebab demam sekam..Hebat jgk majlis kahwin tu..ni gmbr2 yg sempat di rakam.
Selamat Pengantin Baru Jue & Fazli


Pelamin Berkonsep Kampung dalam Taman

Hiasan di meja santapan



suasana di pintu masuk
Cenderahati Di Dlm Beg kenduri

Kak Ilah, ibu pengantin..Teman baik dulu2..

Bersama Teman2 tmpt kerja lama..

Selasa, 7 Oktober 2008

Selamat kembali ke blog tercinta. Sekembalinya ke tempat kerja selepas menyambut raya masih terasa kemeriahannya walaupun masih terasa adegan accident yang tak dijangka nak terjadi semasa pulang ke kampung..sekelip mata je terdengar bunyi geser yang kuat. Masa tu tengah asyik melayan una kat belakang haris plak tgh tido. Nasib baik x jd apa2 kat kami sekeluarga. Alhamdulillah..Al kisahnyer kami sekeluarga dan keluarga mertua nak beraya di Gerik, on the way tu teraccident kat Parit Panjang. Kereta kancil kami tak seteruk mana nak bandingkan kereta waja diorang (dari dubai kalau x silap) yg baru je beli. Malas nak ingat peristiwa polis yang kurang ajar tu yg penting kami sekeluarga selamat..Untuk settle pasal ni mgkn panjang lagi ler ceritenyer tunggu surat hitam putih saman dulu so apa2 tindakan lanjut lepas nih..
Semalam beraya di rmh pakcik. Cik buat bihun soto pas tu mkn nasik plak..Alamak hadiah untuk June belum beli kenduri kawin dia Sabtu ni, nak beli apa yer??

Jumaat, 26 September 2008


Sempena menyambut raya ni apa kata kita mencuba resepi yang simple ni. Nampak macam best jer...Ini Kek Pandan Lapis
Resepi
BAHAN A:
6 biji putih telur
3 gm krim tartar
100 gm gula kastor
BAHAN B:
6 biji kuning telur
40 gm susu segar
40 gm minyak jagung
25 gm gula
Secubit garam
110 gm tepung super fine
4 gm serbuk penaik
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perasa pandan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kacau semua bahan A sehingga gebu.
2. Dalam bekas yang lain, kacau bahan B hingga sebati.
3. Campur kedua-dua bahan A dan B.
4. Tuang ke dalam acuan kek dan bakar selama 30 minit pada suhu 180oC


Ni biskut semperit. Biskut ni sangat tradisional pasalnya aku ingat lagi dari kecik-kecik dulu tiap-tiap kali nak raya mesti tolong mak buat semperit. dah jadi satu kemestian. Ramai yang puji semperit mak buat sedap. Ramai yang tempah. Tapi sekarang ni mak pun tak larat dah buat kuih dan aku pun keesokan nak raya baru nak balik macamana nak buat kuih ngan mak..teringat zaman dulu-dulu meriahnya kalau nak sambut raya semangat kobar-kobar siapkan biskut raya macam-macam jenis plak tu..sekarang semua beli. ha ni resepi biskut semperit yang dah dimodenkan. Sapa-sapa nak cuba boleh lah. resepi ni ada dalam saji...
Seperit kasih
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pem¬bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit

Rabu, 24 September 2008


Bulan puasa ni banyak citer menarik kat TV. Una tak lepas peluang tengok Upin & Ipin..Melekat depan TV la bila time tayang. Tapi kejap je dalam 5 minit kot marah la dia tak puas tgk. Mintak nak tgk lagi...Balik kampung nanti tengok kat laptop Mak Lang yer sayang....